Black Moustache

Tuesday, 4 November 2014

Miss Kangen Rindu :')



Siapa yg tidak pernah rasa perasaan ini. Satu rasa yg buat tidak tidur malam, makan tak lalu, mandi berjam jam dan buat aktiviti tak bersemangat. :D Perasaan indah ini sering dirasa kepada yg lagi jatuh cinta dan yg menyimpan perasaan. Indah tapi sakit kan. Apa lagi kalau kita tdk tahu sama ada rasa ini terbalas. LOL


Rindu bila berjauhan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi jika pasangan itu dipisahkan dengan jarak yang jauh. Maklumlah nak berjumpa memang mustahil melainkan kita sanggup mengabaikan tugasan semata-mata untuk melepaskan rindu. Cinta jarak jauh ini banyak dialami oleh mereka yang bekerja atau pelajar yang bercinta dengan pasangan yang bekerja atau belajar berlainan tempat.
Bila rindu apa yang harus kita lakukan? Adakah cara untuk mengubat rindu? Sebenarnya terdapat cara untuk kita mengubat rindu yang terbuku di dalam hati ini. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk mengubat rindu.
Hubungi Orang Yang Dirindui
Tidak dapat dinafikan hanya mendengar suara si dia sudah cukup untuk menggembirakan kita. Secara tak langsung kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap berapa kerinduan tersebut. Selain calling, kita juga boleh SMS, email, BBM, Wechat, Wasap video call atau berutus surat. Dengan cara ini perasaan rindu yang ada dalam hati itu dapat diubati.
Melihat Foto Atau Video Si Dia
Kalau rindu, pasti lihat foto atau video si dia kan. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya dan ingati saat manis-manis bersama dengan si dia. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat gambar atau video si dia selain dalam album gambar. Dalam handphone, facebook, blog atau laman social yang lain.
Kunjungi Tempat Yang Pernah Dilewati Bersama
Pergilah ke tempat yang biasa dikunjungi ketika bersama dulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan bersama si dia. Gambarkan dia ada bersama kita. Biarlah orang sekeliling nak cakap kita gila. Pedulikan apa orang lain katakan asalkan rindu yang berbuku dihati dapat diubati.
Bila terlalu kemaruk dengan rindu, banyak aktiviti harian tak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab kita hilang fokus. Masak pun tak cukup gula, sapu lantai tak cukup licin, buat kerja semua tak menjadi dan sebagainya. Kita akan jadi tidak keruan kerana sentiasa teringatkan si dia.
Jadi apa kata setkan di fikiran semua aktiviti yang kita lakukan itu semata-mata untuk si dia, orang yang kita rindui. Anggap sahaja kita sedang melakukan persediaan untuk menyambut dia pulang. Mungkin dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat.
Sebenarnya tidak semua yang kita lakukan seperti diatas ini betul-betul boleh mengubat rindu kita pada si dia. Ikutkan ubat yang betul-betul berkesan untuk mengubat rindu adalah bertemu dengan dia. Hanya itu sahaja yang boleh mengubat rindu. Tetapi jika berjauh batunya jarak dia dengan kita, adalah mustahil untuk kita bertemu dengannya jika kita rindu. Sedikit sebanyak dengan apa yang kita lakukan seperti diatas boleh mengurangkan rindu kita pada si dia.
Kalau saya sendiri kalau lagi rindu mcm mana ya .. Hahaahah .. Palingan lihat picture .. Hahahaa..
Mau di kata tiap hari lihat pic ny .. Trus tiap hari  tunggu text dr dia. wkwkwkwkwkwkw ..

Ngangenin seh -_- 




No comments:

Post a Comment

Thks Singgah Baca ^_^